Document

Apa itu MyCITES?

Sistem MyCITES ialah sebuah platform digital yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi mendigitalkan proses permohonan, kelulusan, dan pemantauan permit CITES di Malaysia melalui sembilan (9) jabatan dan agensi selaku Pihak Berkuasa Pengurusan CITES. Sistem ini bertujuan untuk menyelaras dan mempertingkatkan kecekapan proses permohonan sekaligus mengurangkan keperluan kaedah manual. MyCITES juga berfungsi sebagai sistem pemantauan dan pengawalseliaan perdagangan hidupan liar, memastikan pematuhan kepada peraturan CITES dan memperkukuh kawalan terhadap perdagangan spesies terancam di Malaysia.
 
Malaysia, melalui Akta 686, memastikan pematuhan terhadap Konvensyen CITES dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Akta ini mengawal perdagangan spesies hidupan liar yang disenaraikan dalam CITES, memastikan perdagangan tidak menjejaskan kelangsungan hidup spesies tersebut.

Objektif

Sistem MyCITES merupakan satu inisiatif untuk mendigitalkan pengurusan CITES di Malaysia, memudahkan orang awam dan memperkukuhkan pemantauan terhadap perdagangan hidupan liar.

Visi

Menjadi sistem pengurusan permit CITES yang cekap, telus dan berinovasi bagi memperkukuh kawalan perdagangan hidupan liar di Malaysia secara digital.

Misi

i. Membangunkan sistem yang mesra pengguna bagi memudahkan proses permohonan dan kelulusan permit CITES.
 
ii. Meningkatkan ketelusan dan pemantauan perdagangan hidupan liar melalui sistem yang bersepadu.
 
iii. Mengurangkan masa pemprosesan permit dengan automasi dan integrasi data.

Avatar